Sunday, 28 July 2013

Pesanan Dan Mutiara Kata Dari Ustaz Azhar Idrus

1.Kalau nak berdakwah,jangan harap semua orang akan suka..
yang penting buat seikhlas mungkin.
2.Manusia yang paling bijak ialah yang selalu melihat dan mengakui kesilapan diri.
3.Siapa yang yakin dengan segulung ijazah dapat menjamin masa depan yang cerah.IMANnya telah rosak.
4.Manusia mengkagumi Leonardo Da Vinci dengan hanya satu lukisan Monalisa,tetapi tidak menkagumi Allah s.w.t yang telah melukis jutaan lukisan di kanvas langit setiap pagi dan petang.
5.Ingatlah!Apabila kita kaya,janganlah kita terlalu gembira dan apabila kita miskin,janganlah terlalu sedih.Kekayaan tak kekal,kemiskinan pun tak akan kekal.
6.Untuk jadi isteri solehah kena bersiap dari awal,belajar agama,rajin memasak dan rajin mengemas,tapi bukan hanya rajin update status FB & Twitter 24jam.
7.Bila urusan harta dunia,ke seluruh pelusuk dunia pun sanggup pergi.Bila urusan hal agama,masjid sebelah rumah pun masing-masing buat tak nampak.
8.Jangan kita perkecil amalan orang lain walaupun kita selalu hadir di majlis ilmu,selalu berzikir..kerana syurga banyak jalan untuk masuk..Ada orang masuk syurga kerana senyuman,bersedekah..Biar Allah sahaja yang menentukan.
9.Daripada duk belajar ilmu menari gangnam,alangkah baiknya kalau belajar ilmu mengenal Allah,ilmu tentang bersuci,ilmu tentang solat atau belajar memandikan dan menyembahyangkan jenazah kalau ibu bapa adik kakak meninggal,boleh juga tolong mandikan dan sembahyangkan,usia kita tak siapa yang tahu.
10.Perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah mas kahwin dan paling murah belanja.

No comments:

Post a Comment